KULONPROGO. Pada hari Kamis
tanggal 1 Oktober 2015 di Masjid 'Ainnu Rohman Polres Kuloprogo
dilaksanakan kegiatan rutin pengajian setiap Kamis siang setelah sholat Dzuhur.
Sebelumnya pengajian dimulai di laksanakan sholat Dzuhur berjama’ah.
dilanjutkan tausiyah yang di sampaikan oleh Iptu Heru M Yanto, AMK., S.Pd.,
M.Si Kasubag Humas Polres Kulonprogo dengan materi ceramah adab bersin.
Pengajian tersebut di ikuti oleh anggota Polres Kulonprogo dan perwakilan dari
Polsek jajaran.
Dalam tausiyahnya Iptu Heru menjelaskan Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika
salah seorang kamu bersin dan memuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang
mendengarnya mengucapkan “Yarhamukallah”.
Islam selaku agama yang mulia
amat menekankan kesopanan dan kesantunan dari sekecil-kecil perkara hinggalah
sebesar-besarnya sama ada dalam pergaulan, percakapan ataupun tingkah-laku
refleks seperti menguap, bersin dan sebagainya.
Manakala apabila bersin pula kita
hendaklah memalingkan muka ke arah lain sambil menutup mulut dan hidung untuk
mengurangkan bunyi bersin tersebut selain untuk mengelak daripada terkena
jangkitan pada orang lain. Selepas bersin hendaklah mengucapkan
“alhamdulillah”, sebagai rasa bersyukur dengan memuji Allah. Dan orang yang
mendengarnya hendaklah mengucapkan “yarhamukallah” sebagai mendoakan
kesejahteraan orang yang bersin itu agar dia agar dirahmati Allah. Serta
dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan “Yahdiinaa
wayahdiikumullah”. Namun begitu sekiranya orang yang bersin itu tidak
mengucapkan ‘al-hamdulillah’ selepas bersin maka dia tidak berhak untuk
diberikan ucapan tersebut.
Menjawab orang yang bersin (jika
dia mengucapkan hamdalah) hukumnya wajib, dan wajib pula menjawab orang yang
mengucapkan “Yarhamukallah” dengan ucapan “Yahdiina wayahdii kumullah”, dan
jika seseorang yang bersin itu terus menerus bersin lebih dari tiga kali, maka
kali keempatnya hendaklah diucapkan “Afakallah” (Semoga Allah menyembuhkan
anda) sebagai ganti dari ucapan “Yarhamukallah”.
Bersin yang terlalu kerap
melebihi 3 kali menandakan seseorang itu kemungkinan diserang selsema.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar